Syarat untuk menyandang jawatan Akauntan Gred WA41, calon perlu terlebih dahulu lulus peperiksaan online.
Sekiranya calon lulus peperiksaan online (tapisan awal), maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil temuduga yang akan dijadualkan kemudian.
Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Amat sayang sekali…
Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan Akautan Gred WA41 terutama di seksyen A: Pengetahuan Am.
Dalam exam Akauntan WA41 sesi 17 DISEMBER 2020. Penilaian kali ini mencakupi 3 seksyen penilaian:
- Seksyen A – Pengetahuan Am
- Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris
Kenapa ramai calon gagal menjawab dengan baik di seksyen A – Pengetahuan Am?
Ini kerana skop soalan seksyen Pengetahuan Am Akuantan WA41 adalah sangat luas dan bidang yang disoal adalah sukar untuk diramal.
Untuk seksyen A: Pengetahuan Am Akauntan WA41 ia melibatkan keluasan pengetahuan am seseorang calon. Soalan yang ditanya bakal menguji sama ada calon peka dengan hal ehwal semasa dalam negara atau tidak. Isu luar negara turut disoal. Disamping menguji pengetahuan calon terhadap perjawatan Akauntan WA41 ini.
Namun begitu, daripada pemerhatian, antara topik yang “agak kerap” ditanya dalam seksyen A ini adalah: